Monday, August 29, 2016
Belanda
Orang Belanda mula berdagang di kepulauan melayu
pada abad ke-17. Pusat perdagangan utamanya ialah di Betawi(jakarta) di pulau
Jawa.mereka menubuhkan syarikat hindia timur Belanda(voc) , pada tahun 1602
dengan tujuan untuk menguasai perdagangan rempah di kepulauan melayu , disamping
untuk memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri melayu . Belanda
telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat utama untuk
menarik pedagang-pedagang di Betawi . Dalam tahun 1641 Portugis di Melaka dapat
dikalahkan dengan bantuan kerajaan Johor .Bagaimanapun Portugis,Belanda tidak
banyak meningalkan kesan sejarah kepada penduduk di negara ini.
Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa
negeri-negeri melayu adalah menjadi idaman kuasa-kuasa barat , untuk tujuan
mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi di kepulauan melayu
KESAN
KESAN
Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis. Antara kesan yang ditinggalkan oleh penjajahan belanda di tanah melayu adalah beberapa tinggalan binaan yang dibina semasa penjajahan pada masa dahulu seperti bangunan Stadhuys,Melaka dan Kota Belanda (Ducth Fort),Pulau Pangkor.
PORTUGIS
Penjajah Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun
, iaitu daripada tahun 1511 hingga tahun 1641.Walaupun begitu lama
menjajah Melaka . Namun Portugis tidak bejaya meluaskan pengaruhnya.Usaha-usaha
untuk menawan Naning dan Rembau misalnya gagal . Pengaruhnya hanyalah di
sekitar Bandar Melaka . Matlamat asalnya untuk mengembangkan agama Kristian
juga tidak berkesan . Antara kesan peninggalan penjajah Portugis hingga ke hari
ini ialah kewujudan masyarakat,akibat perkahwinan orang Portugis dengan
penduduk tempatan , pengenalan tulisan rasmi kepada masyarakat melayu ,
kewujudan perkataan yang berasal dari bahasa Portugis (seperti palsu , almari ,
jendela , garpu dan tuala) kesan yang penting ialah kejatuhan kesultanan melayu
melaka dan membawa kepada kemunculan kerajaan melayu-Riau , namun pengaruhnya
tidak berkesan .
KESAN
Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130 tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini, antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan. Wujud beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa Melayu seperti almari, tuala, jendela dan garpu. Tarian dan nyanyian masyarakat Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian negara. Sebahagian daripada binaan tinggalan Portugis seperti ‘A Farmosa’ dan ‘Gereja St. Paul’.
Subscribe to:
Posts (Atom)