Monday, September 19, 2016

rujukan

1.blog    :  http://lailysuhada.blogspot.my/
2.youtube : https://youtu.be/Ez9tUFot-94
3.wikipedia  : https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia

KESIMPULAN

Kesimpulannya adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan melayu di tanah air suatu ketika dulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Oleh itu harapan kami kepada generasi masa kini ialah menghayati dan menghargai sejarah Negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Fenomena ini juga menjadikan tamudan Malaysia hari ini padat dengan gabungan asimilasi dan sikritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul. Sebagai warganegara , kita perlu mengetahui asal usul bangsa sendiri dengan pengetahuan ini maka akan dapat melahirkan warganegara yang sayang akan Negara dan tidak mudah lupa diri apabila berada di Negara orang. kami cadangkan supaya pelajar-pelajar di Malaysia menittikberatkan hal yang berkaitan dengan sejarah-sejarah Malaysia agar dapat mengenang jasa-jasa pahlawan Negara yang sanggup berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada dijajah. Sekian terima kasih.

Jepun

                    
Tanah Melayu telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 15 Februari 1942 . Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 , iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengah . Apa yang menarik yang mungkin boleh dijadikan iktibar  ialah bagaimana tentera Jepun dengan mudah mampu menguasai Tanah Melayu. Secara ringkas kemenangan berlaku disebabkan ketidaksediaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan. Inggeris tidak menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang dari utara dan mereka tidak bersedia . Persediaan-persediaan peperangan oleh Jepun .Sebelum menyerang Tanah Melayu , Jepun telah mengumpulkan maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan  Inggeris , bilangan tentera Inggeris dan peralatan mereka , Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu .

Kesan pendudukan Jepun

       Pendudukan Jepun diTanah Melayu memberikan banyak kesan negatif , umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan social , ekonomi dan politik Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga Inggeris terpaksa merombak dasarnya selepas perang .Antara kesan secara khusus :

Kesan sosial

       Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu.penduduk Tanah Melayu khususnya orang cina telah ditindas oleh Jepun.kebanyakkan orang melayu dan india mejadi buruh paksa khususnya untuk membina jalan kereta api maut antara negeri thai dan burma.

Kesan Ekonomi

Pada masa pemerintahan Jepun  ,kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali,hal ini berlaku kerana British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah.perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan.Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan .Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot . Barangan pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan. Untuk mengatasi masalah ini tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman makanan seperti ubi kayu,keledek dan keladi.pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi . Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.

Kesan politik

    Pentadbiran Jepun mengawal pergerakan rakyat dengan ketat.sekatan dan kawalan yang dikenakan oleh tentera Jepun mengakibatkan  rakyat hidup dalam kesengsaraan.kesan-kesan politik daripada pendudukan Jepun ialah wujudnya kesedaarn politik yang mendalam dikalangan penduduk Tanah Melayu . Propaganda “asia untuk orang asia” menaikkan semangat mereka untuk membebaskan tanah air.

INGGERIS

Dari segi sejarah,pada tahun 1600 pedagang-pedagang telah menubuhkan syarikat india timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China . Lama kelamaan syarikat tersebut mula berminat dengan gugusan kepulauan melayu setelah perdagangan dengan China tidak begitu menguntungkan , selain dari tujuan untuk mencari pengkalan yang bebas dari serangan lanun.pada 11 Ogos 1786, Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan memberikan janji kosong kepada Sultan Kedah . Pada 6 Februari , 1819 Stamford Raffles pula telah menduduki Pulau Singapura setelah membuat perjanjian dengan temenggung Abdul Rahman . Bermula dari sini dari semasa ke semasa penjajah Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu .

Perjanjian Inggeris-Belanda

Kesan daripada Singapura telah menimbulkan kemarahan di pihak Belanda lebih-lebih lagi apabila Singapura menjadi sebuah pelabuhan yang maju . Namun masalah dengan Belanda dapat diselesaikan apabila termeterai perjanjian antara pihak British dengan Belanda pada 17 Mac 1824 . Perjanjian Inggeris-Belanda telah meninggalkan kesan penting hingga hari ini . Antaranya ialah :
1.  Pembahagian kepulauan melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu            pengaruh British dan pengaruh Belanda . Perjanjian ini mempengaruhi              corak tanah jajahan Inggeris dan Belanda di kepulauan melayu dalam abad      ke 19 dan awal abad ke 20.

2. Perpecahan empayar Johor-Riau . Empayar johor berakhir apabila                   Singapura  dan tanah besar Johor jatuh ke tangan British,sementara                 kepulauan Riau jatuh ke bawah pengaruh Belanda.

3. Persaingan kuasa antara Belanda dan Inggeris semakin sengit , apabila          Singapura bertambah maju menjadi sebuah pelabuhan bebas  dan                    pelabuhan intrepot yang penting di gugusan kepulauan melayu .
   Adalah jelas bahawa akibat perjanjian Inggeris-Belanda kepulauan melayu        telah dipecahkan mengikut kehendak penjajah dan kesannya pada hari ini        ialah negara malaysia dan negara Indonesia berbeza dari segi politik dan          kesan pengaruh penjajah .

Monday, August 29, 2016


Belanda


Orang Belanda mula berdagang di kepulauan melayu pada abad ke-17. Pusat perdagangan utamanya ialah di Betawi(jakarta) di pulau Jawa.mereka menubuhkan syarikat hindia timur Belanda(voc) , pada tahun 1602 dengan tujuan untuk menguasai perdagangan rempah di kepulauan melayu , disamping untuk memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri melayu . Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat utama untuk menarik pedagang-pedagang di Betawi . Dalam tahun 1641 Portugis di Melaka dapat dikalahkan dengan bantuan kerajaan Johor .Bagaimanapun Portugis,Belanda tidak banyak meningalkan kesan sejarah kepada penduduk di negara ini.
Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa negeri-negeri melayu adalah menjadi idaman kuasa-kuasa barat , untuk tujuan mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi di kepulauan melayu

KESAN

Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis. Antara kesan yang ditinggalkan oleh penjajahan belanda di tanah melayu adalah beberapa tinggalan binaan yang dibina semasa penjajahan pada masa dahulu seperti bangunan Stadhuys,Melaka dan Kota Belanda (Ducth Fort),Pulau Pangkor.