Dari segi sejarah,pada
tahun 1600 pedagang-pedagang telah menubuhkan syarikat india timur Inggeris
untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China . Lama kelamaan syarikat
tersebut mula berminat dengan gugusan kepulauan melayu setelah perdagangan
dengan China tidak begitu menguntungkan , selain dari tujuan untuk mencari
pengkalan yang bebas dari serangan lanun.pada 11 Ogos 1786, Francis Light
menduduki Pulau Pinang dengan memberikan janji kosong kepada Sultan Kedah .
Pada 6 Februari , 1819 Stamford Raffles pula telah menduduki Pulau Singapura
setelah membuat perjanjian dengan temenggung Abdul Rahman . Bermula dari sini
dari semasa ke semasa penjajah Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu
.
Perjanjian Inggeris-Belanda
Kesan daripada
Singapura telah menimbulkan kemarahan di pihak Belanda lebih-lebih lagi apabila
Singapura menjadi sebuah pelabuhan yang maju . Namun masalah dengan Belanda
dapat diselesaikan apabila termeterai perjanjian antara pihak British dengan
Belanda pada 17 Mac 1824 . Perjanjian Inggeris-Belanda telah meninggalkan kesan
penting hingga hari ini . Antaranya ialah :
1. Pembahagian kepulauan melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan pengaruh Belanda . Perjanjian ini mempengaruhi corak tanah
jajahan Inggeris dan Belanda di kepulauan melayu dalam abad ke 19 dan awal abad
ke 20.
2. Perpecahan empayar Johor-Riau . Empayar johor berakhir apabila Singapura dan tanah besar Johor jatuh ke tangan British,sementara kepulauan Riau jatuh ke bawah pengaruh Belanda.
3. Persaingan kuasa antara Belanda dan Inggeris semakin sengit , apabila Singapura bertambah maju menjadi sebuah pelabuhan bebas dan pelabuhan
intrepot yang penting di gugusan kepulauan melayu .
Adalah jelas bahawa akibat perjanjian Inggeris-Belanda kepulauan melayu telah dipecahkan mengikut kehendak penjajah dan kesannya pada hari ini ialah negara
malaysia dan negara Indonesia berbeza dari segi politik dan kesan pengaruh
penjajah .
No comments:
Post a Comment