Sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah
dijajah oleh kuasa-kuasa asing,dari barat mahu pun dari timur . Kedatangan
kuasa-kuasa asing ini pada peringkat awal dianggap sebagai pedagang yang
sama-sama berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu.bagaimanapun atas
kesilapan,kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri melayu berkenaan ,
kuasa-kuasa asing ini mengambil peluang untuk menjajah . Tambahan
pula,kuasa-kuasa asing mempunyai sebab-sebab utama menjajah negara-negara asia
tenggara . Untuk memperolehi kawasan yang mempunyai sumber bahan-bahan
mentah (ekonomi) dan untuk mengembangkan agama Kristian .
Dari segi sejarah negara telah dijajah lebih
kurang 446 tahun,bermula dengan kejatuhan kerajaan melayu melaka ke tangan
Portugis pada tahun 1511 . Selepas itu , penjajahan diikuti oleh Belanda ,
Inggeris , Jepun . Negeri Siam juga pernah menjajah beberapa negeri utara Tanah
Melayu . Penjajah Inggeris meninggalkan pengaruh yang agak kuat ke atas negara
ini . Khususnya berkaitan sistem pentadbiran , ekonomi dan pendidikan .
Penjajah Inggeris dan Jepun meningalkan kesan pada hubungan etnik di negara ini
. Oleh yang demikian pengetahuan tentang penjajahan adalah penting untuk
memahami situasi negara sekarang .