Monday, July 25, 2016

Zaman penjajahan Portugis , Belanda , Inggeris dan Jepun

Sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing,dari barat mahu pun dari timur . Kedatangan kuasa-kuasa asing ini pada peringkat awal dianggap sebagai pedagang yang sama-sama  berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu.bagaimanapun atas kesilapan,kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri melayu berkenaan , kuasa-kuasa asing ini mengambil peluang untuk menjajah . Tambahan pula,kuasa-kuasa asing mempunyai sebab-sebab utama menjajah negara-negara asia tenggara . Untuk memperolehi kawasan yang mempunyai sumber bahan-bahan mentah (ekonomi) dan untuk mengembangkan agama Kristian .
Dari segi sejarah negara telah dijajah lebih kurang 446 tahun,bermula dengan kejatuhan kerajaan melayu melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 . Selepas itu , penjajahan diikuti oleh Belanda , Inggeris , Jepun . Negeri Siam juga pernah menjajah beberapa negeri utara Tanah Melayu . Penjajah Inggeris meninggalkan pengaruh yang agak kuat ke atas negara ini . Khususnya berkaitan sistem pentadbiran , ekonomi dan pendidikan . Penjajah Inggeris dan Jepun meningalkan kesan pada hubungan etnik di negara ini . Oleh yang demikian  pengetahuan tentang penjajahan adalah penting untuk memahami situasi negara sekarang .

No comments:

Post a Comment